Program Bersama Komuniti Majlis Perasmian Kompleks Komuniti Muhibbah Dan Kenduri 1wilayah Persekutuan
28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Februari 2016 telah berlangsung Program Bersama Komuniti iaitu Majlis Perasmian Kompleks Komuniti Kampung Muhibbah Dan Kenduri 1wilayah Persekutuan yang melibatkan semua Pengurus PI fasa Urban Poor sekitar wilayah persekutuan. Pihak PI telah membuka kiosk bersama-sama anggota NGO yang lain bagi memeriahkan lagi program tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan dikiosk PI antaranya adalah kuiz dan soal jawab berkenaan Klik Dengan Bijak(KDB), sesi bergambar dengan prop PI dan KDB, program mempromosikan PI fasa Urban Poor sekitar Wilayah persekutuan, menyokong dan mempromosikan program E-Waste dan pelbagai aktiviti berkaitan. Selain itu program itu turut disertai dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Berikut adalah gambar-gambar sekitar kiosk PI yang berlangsung pada hari tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: