Bimbingan Asas Microsoft Office

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Ogos 2022, Cik Hazirah telah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seri Semarak untuk mendapatkan bimbingan asas menggunakan Microsoft Word sekitar jam 10.30 pagi sehingga 11.20 pagi. Beliau merupakan ahli baru di PEDi PPR Seri Semarak. Cik Hazirah dibimbing menggunakan Microsoft Word bagi menyiapkan tugasan beliau. Melalui bimbingan ini, Cik Hazirah dapat menguasai asas penggunaan Microsoft Word dengan betul dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran menggunakan peralatan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali