Latihan ICT & Bimbingan Mengemaskini Pembaharuan ePerolehan

16 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2022 jam 3:00 petang hingga 5:00 Petang, Encik Othman telah dapatkan latihan ICT dalam cara menaip surat & penggunaan komputer dengan betul. Beliau turut dapatkan bimbingan daripada petugas PEDi dalam pengisian maklumat syarikat untuk pembaharuan syarikat pada website ePerolehan yang disediakan pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Dengan latihan & bimbingan ini juga ahli PEDi dapat mempelajari cara penggunaan alatan komputer dengan betul & baik. En Othman telah selesai mengemaskini maklumat syarikat dan menunggu pengesahan daripada pihak ePerolehan untuk tindakan lanjut hasil daripada bimbingan petugas PEDi PPR Seri Semarak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali