Latihan Asas Keusahawanan (Pengiklanan Media Asas)

9 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2022 (Jumaat) PEDi PPR Seri Semarak telah mendapat jemputan untuk jalankan latihan asas keusahawanan kepada 30 pelajar baru GIATMARA cawangan Wangsa Maju bagi sesi kemasukan Julai 2022. Latihan ini dibahagi kepada dua sesi dan sesi pertama adalah pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan latihan asas keusahawanan ini dimulakan dengan pengenalan kepada latihan asas keusahawanan dan teknik asas pengiklanan media asas.

Kesemua 30 pelajar telah mendapat bimbingan asas kepada hala tuju permulaan perniagaan selepas mendapatkan sesi latihan ini. Pihak PEDi PPR Seri Semarak turut mendapat kerjasama daripada PEDi PPR Intan Baiduri dalam menjayakan sesi latihan asas keusahawanan ini kepada 30 pelajar baru GIATMARA Wangsa Maju. Sepanjang sesi latihan berlangsung pelajar didedahkan kepada cara & teknik pengiklanan melalui media asas masa kini iaitu facebook, Instagram, twitter & whatsapp perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali