Program Menjana Pendapatan Secara Pemasaran Digital Tanpa Kos

26 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Julai 2022 PEDi PPR Seri Semarak menerima kerjasama oleh pihak Coaching4All untuk membantu usahawan baru di PPR Seri Semarak dalam menjana pendapatan melalui Pprogram Menjana Pendapatan Secara Pemasaran Digital Tanpa Kos. Program ini disediakan oleh En. Khairul Johari Bin Mohd Denie selaku jurulatih usahawan daripada syarikat Coach4All.

Program ini telah melibatkan 9 orang usahawan sekitar PPR Seri Semarak bagi membantu menjana pendapatan secara pemasaran digital tanpa kos. Peserta program terdiri daripada usahawan kecil dan baru bermula berniaga. Peserta turut dapat mengenalpasti produk jualan yang sepatutnya dijual hasil bimbingan kumpulan Coach4All dalam menjayakan program ini. Program ini telah selesai dengan jayanya dan antara pembelajaran dan latihan yang disediakan termasuklah pemasaran digital tanpa kos melalui facebook, whatsapp untuk peniagaan dan media sosial lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali