Latihan Asas Keusahawanan (Pengenalan kepada Canva)

9 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2022 (Jumaat) PEDi PPR Seri Semarak telah mendapat jemputan untuk jalankan latihan asas keusahawanan kepada 30 pelajar baru GIATMARA cawangan Wangsa Maju bagi sesi kemasukan Julai 2022. Sesi ke-2 iaitu pada jam 2.45 petang bagi latihan asas keusahawanan diteruskan dengan pengenalan kepada Canva sebagai salah satu platfom untuk memulakan peniagaan dan permulaan pengiklanan kepada produk perniagaan.

Kesemua 30 pelajar telah diberikan pengenalan kepada canva dan tugas ringkas untuk menyiapkan 1 logo perniagaan dan 1 resume lengkap untuk diguna pakai pada masa akan datang. Dengan bimbingan dan latihan asas kepada Canva ini pelajar GIATMARA Wangsa Maju lebih mahir menggunakan teknologi ICT secara minimum tetapi mampu menyiapkan hasil kerja yang menarik hanya menggunakan telefon mudah alih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali