Latihan ICT & Bimbingan Mengemaskini Pendaftaran Pada Website LHDN
8 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2022 jam 11:00 pagi hingga 4:00 Petang, Encik Chen Woei Hong & Puan Malathi A/P Chinnatambhi telah dapatkan latihan ICT dalam cara menaip surat & penggunaan asas komputer. Beliau berdua turut dapatkan bimbingan daripada petugas PEDi dalam pengisian maklumat income tax dan pendaftaran duty stamp pada Website Hasil LHDN.
Dua sesi telah dijalankan bagi membantu kedua-dua ahli PEDi ini iaitu pada 1 sesi pagi jam 11 pagi hingga 1 tengahari dan yang ke 2 sesi petang jam 2 petang hingga 4 petang. Kedua-dua ahli PEDi PPR Seri Semarak telah selesai mengemaskini dan mendaftar maklumat peribadi yang diperlukan pihak LHDN pada website Hasil tersebut. Dengan ini juga kedua-dua ahli PEDi dapat mempelajari cara penggunaan alatan komputer dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: