Bimbingan Media Asas (Facebook Marketplace)

7 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Januari 2022, Puan Sharifah telah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seri Semarak untuk mempelajari lebih lanjut berkaitan cara pengiklanan di media sosial, Facebook. Bimbingan media asas ini telah diadakan di PEDi PPR Seri Semarak sekitar jam 11.50 pagi – 12.50 tengah hari. Puan Sharifah merupakan ahli baru di PEDi PPR Seri Semarak. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan makanan tengah hari selepas diberhentikan kerja pada tahun 2021. Sebelum ini, kakitangan PEDi PPR Seri Semarak telah memberi bimbingan berkaitan penggunaan Facebook peribadi kepada beliau. Beliau kini dibimbing untuk menggunakan Facebook Marketplace yang mana seperti yang kita tahu, Marketplace merupakan salah satu platform jual beli di Facebook. Dengan bimbingan ini, Puan Sharifah dapat mengiklankan menu tengah hari beliau di Facebook Marketplace untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali