Bimbingan Menyunting File PDF dan Gambar

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Ogos 2022, Cik Hazirah yang berumur 21 tahun telah mengunjungi PEDi PPR Seri Semarak sekitar jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk mendapatkan bimbingan ICT bagi menyiapkan tugasan beliau. Kakitangan PEDi PPR Seri Semarak telah membimbing beliau bagaimana untuk menyunting file PDF dan menggabungkan beberapa file PDF secara atas talian. Beliau juga diajar bagaimana untuk menyunting gambar menggunakan laman web Kapwing.com. Hasil dari bimbingan ini, Cik Hazirah dapat memahirkan diri menggunakan peralatan komputer dan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali