Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

29 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 & 27 May 2022, kesemua Pengurus PEDi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan telah menerima jemputan untuk menghadiri Program Pemerkasaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Port Dickson, Negeri Sembilan. Pelbagai intipati telah diterima Pengurus PEDi bagi mencapai Matlamat dan hala tuju baru penjenamaan semula Pusat Internet Komuniti pada sebelumnya dan kini menjadi salah satu lokasi bagi pembangunan usahawan. Penolong Pengurus sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan turut serta didalam program ini dengan menghadirkan diri didalam seminar dalam talian iaitu zoom meeting.

Turut serta didalam program ini adalah pihak MCMC Wilayah Persekutuan, wakil MDEC, wakil Shopee, wakil SSM, wakil MyNic dan wakil-wakil Usahawan Tempatan untuk berkongsi pengalaman dan tujuan Program tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali