Kelas Asas Komputer

28 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2022, telah berlangsungnya kelas asas komputer bersama adik Sofea sekitar jam 2.30 petang – 3.30 petang di bilik latihan PEDi PPR Seri Semarak. Adik Sofea berumur 9 tahun dan merupakan ahli baru PEDi PPR Seri Semarak. Adik Sofea berminat untuk mempelajari asas menggunakan komputer. Petugas PEDi telah memberi tunjuk ajar berkaitan asas peralatan komputer dan memberi latihan menaip kepada adik Sofea supaya dia dapat membiasakan diri menggunakan papan kekunci dan juga tetikus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali