Program Penilaian Kecerdasan Anak
21 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2022, PEDi PPR Seri Semarak dengan kerjasama Super Powers Unite sebagai konsultan pendidikan telah mengadakan program penilaian kecerdasan anak di PEDi PPR Seri Semarak sekitar jam 9.30 petang – 5.30 petang. Program ini melibatkan ibu bapa dan juga anak masing-masing. Seramai 48 orang peserta yang telah menyertai sesi pada hari tersebut.
Program ini adalah berasaskan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan STEM (Science Technology Engineering and Mathematic) untuk membantu dan menarik minat anak untuk belajar. Objektif program ini adalah untuk membentangkan cara pembelajaran yang menyeronokkan & berkesan di rumah. Antara aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak adalah mewarna dan menggunakan buku e-pembelajaran yang dibekalkan oleh pihak konsultan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: