Latihan penggunaan Microsoft Office dan bimbingan pengisian maklumat pada Google Form
29 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2022 (Selasa) jam 2:30 petang hingga 3:30 petang Puan Malathi telah mempelajari cara penggunaan Microsoft office word dan excel untuk mencipta rekod data keahlian kelab wanita. Dengan bimbingan petugas PEDi PPR Seri Semarak beliau selesai mencipta data rekod yang kemas dan tersusun bagi memudahkan urusan lain kelak.
Setelah selesai mencipta data rekod keahlian menggunakan Microsoft office tersebut beliau dapatkan bimbingan petugas PEDi untuk mengemaskini maklumat keahlian yang lain didalam Google Form yang disediakan pihak persatuan kelab wanita. Puan Malathi kini lebih mahir dan cekap dalam penggunaan alatan keyboard dan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: