Bimbingan Menggunakan Whatsapp Web dan Microsoft Word

24 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2022 (Ahad), Mr. Chen Woei Hong yang berumur 67 tahun telah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seri Semarak bagi mendapatkan bimbingan bagaimana untuk mencetak isi perbualan di dalam aplikasi Whatsapp sekitar jam 4.45 petang – 5.45 petang. Beliau merupakan ahli PEDi PPR Seri Semarak.

Kakitangan PEDi memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan Whatsapp Web kepada beliau dan bagaimana untuk salin dan tampal isi perbualan melalui Whatsapp Web ke Microsoft Word untuk dicetak. Selain daripada itu, beliau juga diajar serba sedikit tentang asas penggunaan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali