Webinar Pendaftaran Bersama SSM
24 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mac 2022 (Rabu), pihak Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD CORP) dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan webinar berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Taklimat ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform webex bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan secara terperinci berkenaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh pihak SSM. Taklimat ini telah dipengerusikan oleh Cik Fatin Farhana dari pihak HRD CORP dan 2 orang panelis jemputan dari pihak SSM iaitu Encik Redza Bakhtiar dan Encik Muhammad Zaim Hamdan.
Antara topik-topik yang dibincangkan sepanjang sesi ini adalah:
1. Pengenalan dan Fungsi SSM
2. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
3. Kelebihan Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
4. Apa Yang SSM Tawarkan
5. Pengenalan Kod QR SSM BizTrust
6. Demonstrasi Mendaftarkan Perniagaan Secara Online
7. Sesi Soal Jawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: