Bimbingan Mengisi Borang Kebenaran Berkahwin

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2022 (Jumaat), Cik Hadiyatussyamim telah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seri Semarak bagi mendapatkan bimbingan bagaimana untuk mengisi borang kebenaran berkahwin melalui portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) sekitar jam 11.30 pagi – 12.30 tengah hari.

Kakitangan PEDi memberi tunjuk ajar dan membantu beliau bagaimana untuk melengkapkan maklumat yang dikehendaki di dalam portal SPPIM tersebut. Bimbingan ini secara tidak langsung dapat melatih beliau menaip dengan lebih pantas menggunakan komputer. Semoga bimbingan daripada pihak PEDi ini dapat membantu memudahkan urusan pernikahan beliau dan pasangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali