Bimbingan Mengisi Borang Pengambilan Perajurit Muda TDM

21 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2022, Adik Amirul yang berumur 19 tahun telah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seri Semarak untuk mendapatkan bimbingan bagaimana untuk mengisi borang secara dalam talian bagi pengambilan perajurit muda Tentera Darat Malaysia (TDM) sekitar jam 2.40 petang – 3.40 petang. Kakitangan PEDi memberikan tunjuk ajar dan membantu beliau bagaimana untuk melengkapkan maklumat peribadi yang dikehendaki di dalam borang secara dalam talian tersebut. Secara tidak langsung, sesi ini dapat melatih adik Amirul menggunakan komputer dengan lebih cekap. Semoga bimbingan daripada pihak PEDi ini dapat membantu memudahkan urusan adik Amirul untuk memasuki TDM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali