Bimbingan Pendaftaran Perniagaan Melalui Skim 1 Orang Kurang Upaya 1 Perniagaan (S1O1P) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

21 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2022, adik Nur Farisha yang berumur 20 tahun telah mengunjungi PEDi PPR Seri Semarak untuk mendaftarkan perniagaan beliau secara dalam talian menggunakan portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekitar 02.30 petang – 03.30 petang.

Adik Farisha merupakan salah seorang orang kurang upaya dan baru berjinak-jinak memulakan perniagaan secara dalam talian dengan menjual pakaian terpakai, tudung dan juga barangan kosmetik. Staf PEDi PPR Seri Semarak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada adik Farisha bagaimana untuk mengisi borang pendaftaran perniagaan dalam talian di laman Ezbiz SSM melalui Skim 1 Orang Kurang Upaya 1 Perniagaan (S1O1P) yang ditawarkan oleh pihak SSM. Semoga beliau mendapat manfaat hasil daripada pendaftaran bisnes beliau bersama pihak SSM dan bisnes terus berkembang maju.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali