Taklimat Kempen Kesedaran Advokasi & fungsi PEDi

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2022 (Ahad) jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang telah berlangsung Program Kerjaya, Keusahawanan & Pengajian Tinggi 2022 bagi Parlimen Batu bertempat di Dewan Komuniti PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur. Sepanjang program berlangsung wakil PEDi telah memberi taklimat kempen kesedaran tentang program Advokasi PEDi seperti klik dengan bijak, sebenarnya.my, E-waste, penggunaan internet dengan betul & fungsi baru PEDi kepada komuniti setempat.

Seramai hampir 100 pengunjung dewasa dan pelajar telah menerima taklimat ringkas berkenaan dengan program advokasi PEDi tersebut sepanjang program ini berlangsung. Turut serta dalam taklimat sepanjang hari program ini adalah para jemputan khas iaitu YB Tuan P. Prabakaran selaku Ahli Parlimen Batu, Encik Wong Kin Lun selaku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sukerelawan Siswa (YSS), Insp. Ahmad Zikri Bin Mohd Zalik selaku Ketua Balai Polis Jinjang dan Encik Abdul Rahman bin Abdul Razak selaku Timbalan Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri dan Dato’ Zariah binti Ali selaku Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali