Latihan ICT bersama Kuiz Advokasi

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2022 (Ahad) jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang telah berlangsung Program Kerjaya, Keusahawanan & Pengajian Tinggi 2022 bagi Parlimen Batu bertempat di Dewan Komuniti PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur. Latihan ICT bersama Kuiz Advokasi telah dijalankan sepanjang hari tersebut di booth kesedaran PEDi PPR Intan Baiduri. PEDi PPR Seri Semarak telah bekerjasama dengan PEDi PPR Intan Baiduri & PEDi PA DBKL Desa Rejang untuk melaksanakan latihan & aktiviti tersebut dengan baik.

sekitar 400 orang pengunjung yang terdiri daripada komuniti setempat telah berkunjung dan turut serta dalam program ini. Booth kesedaran PEDi PPR Intan Baiduri telah menerima hampir 100 orang pengunjung dewasa yang telah melibatkan diri dalam aktiviti latihan ICT bersama kuiz advokasi yang disediakan sepanjang Program berlangsung. Para jemputan Khas juga turut serta dalam mencuba dan mempelajari cara penggunaan alatan ICT dan internet dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali