Latihan Keusahawanan Facebook Page

10 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Jun 2022 jam 9:00 pagi hingga 10:00 pagi, Puan Sharifah Begum telah menerima 1 sesi latihan keusahawanan berkenaan dengan Facebook Page di PEDi PPR Seri Semarak. Beliau telah mempelajari bagaimana untuk mencipta dan mengendalikan facebook page untuk perniagaan makanan basah beliau. Puan Sharifah Begum mencipta Facebook Page bagi memudahkan urusan perniagaan beliau diatas talian dan memudahkan urusan pendaftaran Shopee Food beliau.

Sebelum ini Puan Sharifah Begum hanya berniaga melalui Whatsapp dan secara terus kepada pelanggan. Diharapkan dengan bantuan latihan ini beliau dapat mengembangkan lagi perniagaan dengan lebih maju diatas talian melalui Facebook Page, Facebook Marketplace dan Shopee Food.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali