Bimbingan Pendaftaran Shopee Food

10 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Jun 2022 jam 11:00 pagi hinggan 1:00 Tengahari, Puan Sharifah Begum telah mendapatkan bimbingan PEDi PPR Seri Semarak untuk mendaftar perniagaan makanan basah beliau di Shopee Food. Sebelum ini beliau telah siap sedia menghubungi pihak Shopee untuk mendapatkan pengesahan tentang status perniagaan beliau. Pendaftaran Shopee Food telah berjaya secara atas talian melalui laman sesawang Shopee.com.my.

Sebelum ini Puan Sharifah Begum hanya berniaga secara terus kepada pelanggan dan diikuti berniaga melalui Whatsapp hanya untuk pelanggan sekitar rumah beliau. Dengan bimbingan PEDi PPR Seri Semarak beliau kini menunggu pengesahan pendaftaran daripada pihak Shopee untuk meneruskan perniagaan beliau secara meluas kekawasan sekitar Setapak, Kuala lumpur dengan menggunakan platform Shopee Food. Diharapkan perniagaan makanan basah Puan Sharifah Begum terus maju walaupun berniaga daripada rumah sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali