Bimbingan Menggunakan Portal EzBiz SSM

14 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2022, Puan Sapura telah mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seri Semarak untuk mendapatkan bimbingan berkenaan dengan portal EzBiz yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekitar jam 11.10 pagi – 12.10 tengah hari.

Puan Sapura telah mendaftarkan perniagaan beliau dengan SSM lebih setahun yang lalu. Beliau kini ingin membuat sedikit perubahan berkenaan dengan jenis perniagaan yang telah didaftarkan sebelum ini. Kakitangan PEDi memberi tunjuk ajar dan membantu beliau bagaimana untuk menggunakan portal EzBiz bagi menyunting maklumat perniagaan yang sedia ada. Sebarang perubahan maklumat perniagaan akan dikenakan caj sebanyak RM30 oleh pihak SSM. Semoga bimbingan daripada pihak PEDi dapat membantu memudahkan usahawan sekitar terutamanya berkenaan dengan pendaftaran perniagaan di SSM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali