Sesi Taklimat sebagai Penemuramah Kajian MCMC 2021
14 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2021 (Selasa), wakil dari setiap Pusat Internet Komuniti (PIK) di sekitar Kuala Lumpur, Pahang dan Negeri Sembilan telah menghadiri sesi taklimat sebagai penemuramah kajian MCMC 2021 yang telah dikendalikan oleh wakil dari Jabatan Statistik dan Risikan Data, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Seramai 179 wakil setiap PIK dari 3 negeri ini telah menghadiri Sesi 4 taklimat secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.
Taklimat ini dibahagikan kepada sesi pagi yang bermula jam 9.30 pagi – 12.00 tengah hari dan sesi petang yang bermula jam 2.30 petang – 4.30 petang. Taklimat ini membincangkan pengenalan tentang kajian yang dijalankan oleh pihak MCMC antaranya kajian pengguna telefon bimbit, pengguna e-dagang, kualiti pengalaman jalur lebar dan juga kajian kepuasan pelanggan. Semua wakil dari setiap PIK diberikan penjelasan yang terperinci berkaitan tugasan yang akan dilaksanakan sebagai penemuramah kajian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: