Tutorial Menyemak Nombor Akaun & Nombor Telefon Scammer

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Jun 2021, PIK PPR Seri Semarak telah berkongsi tutorial bagaimana untuk kita menyemak nombor akaun dan nombor telefon scammer di portal yang telah dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia supaya tidak menjadi mangsa penipuan kewangan secara dalam talian. Melalui portal ini, orang ramai boleh mengetahui sama ada nombor yang dimasukkan pernah mendapat laporan penipuan atau pun tidak. Orang ramai juga boleh muat turun aplikasi Check Scammers CCID melalui Google Playstore atau Applestore di telefon bimbit masing-masing. Tutorial ringkas ini telah dimuat naik pada jam 7.15 malam di laman rasmi Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak, FB Live.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali