Latihan Asas Microsoft Word (Membuat Resume)

14 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2021, Cik Nazshariella telah berkunjung ke PIK PPR Seri Semarak untuk belajar membuat resume menggunakan Microsoft Word sekitar jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kakitangan PIK telah memberi tunjuk ajar kepada beliau bagaimana untuk membuat resume ringkas yang dikehendakinya. Antara bimbingan asas yang diberikan adalah seperti menukar jenis tulisan dan saiz tulisan, menggunakan fungsi tulisan bold dan italic, cara mengatur tulisan dan juga membuat kotak dan jadual. Secara tidak langsung, Cik Nazshariella dapat memahirkan diri menggunakan peralatan asas komputer dan internet dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali