Bimbingan Pendaftaran Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera
9 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 08 April 2021, Encik Letchmayya yang berumur 67 tahun telah mengunjungi Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Seri Semarak untuk membuat pendaftaran vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Petugas PIK telah membantu dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera seterusnya mendaftar untuk program vaksinasi COVID-19 di MySejahtera. Dengan bantuan petugas PIK, Encik Letchmayya telah berjaya mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: