Mengisi Borang Permohonan Tahun 1

29 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Mac 2021, Puan Suhaila telah berkunjung ke PIK PPR Seri Semarak untuk mengisi borang permohonan Tahun 1 untuk anak beliau secara dalam talian melalui sistem Kementerian Pendidikan Malaysia sekitar jam 10.45 pagi hingga 11.45 pagi. Beliau meminta tunjuk ajar dari kakitangan PIK untuk mengisi borang tersebut. Kakitangan PIK telah memberi tunjuk ajar kepada Puan Suhaila bagaimana untuk mendaftar dan mengisi segala maklumat yang diperlukan melalui sistem tersebut. Beliau juga diajar untuk memuat turun dan menyimpan borang yang telah lengkap diisi untuk simpanan beliau dan juga untuk dicetak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali