Pendaftaran SSM Secara Dalam Talian

28 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2021, Encik Aliff Amsyar bin Ramzi yang berumur 19 tahun telah mengunjungi PEDi PPR Seri Semarak untuk mendaftarkan perniagaan beliau secara dalam talian menggunakan portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekitar 09.40 pagi – 10.40 pagi. Encik Amsyar baru menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman dan ingin mendapatkan bantuan daripada pihak Baitulmal. Beliau memerlukan lesen perniagaan yang sah bagi mendapatkan bantuan tersebut. Pihak PEDi PPR Seri Semarak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Encik Amsyar bagaimana ingin mengisi borang pendaftaran perniagaan dalam talian di laman Ezbiz SSM. Encik Amsyar dapat mendaftarkan perniagaan beliau di bawah Skim 1 Orang Kurang Upaya 1 Perniagaan (S1O1P) yang ditawarkan oleh pihak SSM kerana beliau merupakan seorang OKU.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali