Penyerahan Peranti bagi Program #MyBaikHati

5 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Disember 2021, Pusat Digital Ekonomi (PEDi) PPR Seri Semarak telah membuat penyerahan komputer riba kepada 7 orang penerima yang terpilih yang juga merupakan komuniti PPR Seri Semarak yang terdiri daripada golongan B40. Sesi penyerahan peranti ini telah dilaksanakan sekitar jam 2.15 petang hingga 2.45 petang di PEDi PPR Seri Semarak. Untuk makluman, komputer riba di bawah program #MyBaikHati ini telah disumbangkan oleh pihak Astro dengan kerjasama pihak Maxis. Komputer riba ini telah diedarkan kepada 5 buah PEDi terpilih sekitar Kuala Lumpur di bawah seliaan pihak Maxis. Ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) yang lebih memerlukan alat peranti bagi tujuan pembelajaran dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali