Kuiz Klik Dengan Bijak

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Jun 2021, PIK PPR Seri Semarak telah menjalankan aktiviti ICT secara dalam talian berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama bagi membendung penularan COVID-19 yang makin mencanak naik. Aktiviti yang dijalankan adalah Kuiz Klik Dengan Bijak yang merangkumi 12 soalan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat menguji pengetahuan pengikut-pengikut PIK PPR Seri Semarak di laman Facebook berkaitan penggunaan internet secara bijak. Aktiviti ini telah dimuat naik di laman rasmi Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak pada jam 3.10 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali