Bimbingan Mengisi Borang Jawatan Kosong Dibawah Seliaan PERKESO

20 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2021, Cik Nurhazirah Nazweens yang berusia 20 tahun telah mengunjungi PEDi PPR Seri Semarak untuk dibimbing dan mempelajari bagaimana untuk membuat permohonan mencari kerja didalam laman sesawang dibawah seliaan PERKESO sekitar pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi menggunakan telefon mudah alih. Kakitangan PEDi telah memberi tunjuk ajar dan membimbing Cik Nurhazirah bagaimana untuk mengisi borang jawatan kosong secara online dilaman sesawang yang disediakan pihak PERKESO. Beliau juga turut diajar bagaimana untuk melampirkan fail dan dokumen yang berkaitan kedalam borang atas talian tersebut. Selain itu, kakitangan PEDi juga berkongsi cara untuk menggunakan aplikasi pencarian kerja yang lain bagi memudahkan urusan pencarian kerja Cik Nurhazirah. Sesi bimbingan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan Cik Nurhazirah menggunakan kemudahan teknologi terutamanya pada musim pandemik ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali