Tutorial Menyemak Seberapa Selamat Kata Laluan Kita
14 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2021, PIK PPR Seri Semarak telah menjalankan aktiviti ICT secara dalam talian berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama bagi membendung penularan COVID-19 yang makin mencanak naik. PIK PPR Seri Semarak telah berkongsi tutorial menyemak kata laluan yang dibuat sama ada kuat atau lemah menggunakan laman How Secure Is My Password.
Melalui laman ini, kita boleh menyemak berapa lama masa yang diambil untuk mengodam data kita melalui kata laluan yang telah dibuat. Sekiranya masa yang ditunjukkan adalah singkat atau pendek, kita dinasihatkan untuk membina kata laluan yang lebih selamat dan kukuh supaya tidak mudah digodam. Tutorial ringkas ini telah dimuat naik pada jam 6.05 petang di laman rasmi Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak, FB LIve.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: