Bimbingan Penggunaan Aplikasi Google Meet & Zoom

2 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Ogos 2021, Puan Halimah binti Halim telah menghadiri sesi bimbingan bagaimana untuk menggunakan aplikasi Google Meet dan Zoom sekitar jam 3.30 petang hingga 4.30 petang secara dalam talian. Kakitangan PIK telah memberi tunjuk ajar kepada beliau asas menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut antaranya seperti membuat link URL untuk perjumpaan dan perbincangan secara dalam talian, bagaimana untuk berkongsi skrin dan bagaimana untuk menukar latar belakang maya. Sesi bimbingan ini secara tidak langsung dapat membantu Puan Halimah untuk mengadakan perbincangan dan berinteraksi secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet dan Zoom pada musim pandemik ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali