Tutorial mengemaskini status risiko COVID-19 di aplikasi MySejahtera
7 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 06 Jun 2021, PIK PPR Seri Semarak telah berkongsi tutorial bagaimana untuk mengemaskini status risiko COVID-19 menggunakan aplikasi MySejahtera. Tutorial ini bertujuan adalah untuk berkongsi ilmu ringkas terutamanya kepada pengikut-pengikut PIK PPR Seri Semarak di laman sosial supaya status risiko masing-masing sentiasa dikemaskini. Seperti yang kita tahu, kebanyakan pasaraya akan melihat status risiko dalam aplikasi MySejahtera sebelum membenarkan pelanggan memasuki premis mereka terutamanya sepanjang tempoh penutupan penuh sector sosial dan ekonomi Fasa Pertama ini. Tutorial ringkas ini telah dimuat naik pada jam 3.45 petang di laman rasmi Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak, https://fb.watch/5Yn3XEvvEF/
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: