Tutorial menggunakan aplikasi Telegram di laptop @ PC

5 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Jun 2021, PIK PPR Seri Semarak telah menjalankan aktiviti ICT secara dalam talian berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama bagi membendung penularan COVID-19 yang makin mencanak naik.

PIK PPR Seri Semarak telah berkongsi tutorial menggunakan aplikasi Telegram di laptop atau PC. Tutorial ini bertujuan untuk membantu golongan yang baru berjinak-jinak menggunakan aplikasi Telegram untuk melihat paparan yang lebih besar daripada paparan telefon bimbit. Mereka juga boleh terus memainkan video atau pun memuat turun cerita tanpa perlu memenuhkan memori telefon bimbit. Ramai golongan yang berpengaruh menggunakan Telegram sebagai tempat menyebarkan ilmu dan secara tidak langsung mereka dapat mengumpul pengikut mereka di Telegram.

Tutorial ringkas ini telah dimuat naik pada jam 3.00 petang di laman rasmi Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak, https://fb.watch/5VzAStJfc-/

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali