Tutorial Rekod Skrin Dalam Telefon

4 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Jun 2021, PIK PPR Seri Semarak telah menjalankan aktiviti ICT secara dalam talian berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama bagi membendung penularan COVID-19 yang makin mencanak naik.

PIK PPR Seri Semarak telah berkongsi tutorial merekod skrin dalam telefon menggunakan aplikasi screen recorder yang boleh didapati di Google Playstore dan Applestore. Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, tutorial ini bertujuan untuk membantu golongan yang baru berjinak-jinak menceburi bidang multimedia dan ingin menggunakan video sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan di platform Youtube.

Tutorial ringkas ini telah dimuat naik pada jam 1.35 petang di laman rasmi Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak, https://fb.watch/5Uh__OOiJP/

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali