Kuiz Asas Microsoft Office Word

2 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Jun 2021, PIK PPR Seri Semarak telah menjalankan aktiviti ICT secara dalam talian berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama bagi membendung penularan COVID-19 yang makin mencanak naik. Aktiviti yang dijalankan adalah Kuiz Asas Microsoft Office Word. Terdapat 12 soalan yang perlu dijawab berkaitan asas Microsoft Office Word. Aktiviti ini telah dimuat naik di laman rasmi Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak pada jam 3.40 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali