Sesi Perkongsian Bertajuk ‘Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah’ Anjuran MCMC

1 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April 2021 (Jumaat), semua Pusat Internet Komuniti (PIK) telah dijemput untuk menyertai sesi perkongsian yang bertajuk ‘Wanita, Remaja, dan ICT: Ke Arah Masa Depan yang Cerah’ secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Sesi perkongsian ini adalah bersempena dengan sambutan Girl’s in ICT 2021 anjuran Jabatan Keterlibatan Komuniti, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Sesi perkongsian ini melibatkan seorang moderator, Puan Hashimah Hashim bersama 3 orang ahli panel iaitu Puan Viviantie Sarjuni, Cik Faezrah Rizalman dan juga Cik Sharifah Nadira Syed Nurshadir. Antara perkara-perkara yang dibincangkan sepanjang sesi perkongsian ini adalah pencapaian belia wanita dan remaja dalam bidang ICT di Malaysia, memperkasakan belia wanita dan remaja untuk terlibat dan menyumbang dalam bidang ICT, menggalakkan kaum lelaki untuk memberi sokongan dan dorongan supaya belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka menceburi bidang ICT, dan juga cabaran yang dihadapi oleh ahli professional dan pengamal ICT di kalangan wanita serta cara mereka mengatasinya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali