Bimbingan Pendaftaran Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2021 (Ahad), Encik Chen Woei Hong yang berumur 67 tahun telah mengunjungi Pusat Internet Komuniti (PIK) PPR Seri Semarak untuk membuat pendaftaran vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Petugas PIK telah membantu dan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera seterusnya mendaftar untuk program vaksinasi COVID-19 di MySejahtera. Dengan bantuan petugas PIK, Encik Chen Woei Hong telah berjaya mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali