Bimbingan Asas ICT (Website)

1 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 30 April 2021 (Jumaat), Puan Liza telah berkunjung ke PIK PPR Seri Semarak untuk mengisi borang permohonan prasekolah untuk anak beliau secara dalam talian melalui sistem Kementerian Pendidikan Malaysia sekitar jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Beliau meminta tunjuk ajar dari kakitangan PIK untuk mengisi borang tersebut kerana tidak pandai menggunakan komputer.

Kakitangan PIK telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada Puan Liza bagaimana untuk menggunakan peralatan asas komputer dan mengisi segala maklumat yang diperlukan melalui sistem tersebut. Beliau juga diajar untuk memuat turun dan menyimpan borang yang telah lengkap diisi untuk simpanan beliau dan juga untuk dicetak. Puan Liza juga diajar bagaimana untuk menggunakan aplikasi Whatsapp di komputer. Melalui bimbingan ICT ini, Puan Liza dapat mengetahui serba sedikit asas penggunaan komputer dan internet untuk kegunaan akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali