Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh SSM

28 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2021 (Rabu), pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada golongan usahawan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif ini dan juga kepada usahawan yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma. Taklimat ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Microsoft Team bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.

Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan secara terperinci kepada usahawan yang terlibat berkenaan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh pihak SSM. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Azihan Ahmad dari pihak SSM.

Antara topik-topik yang dibincangkan sepanjang sesi ini adalah:
1. Pengenalan dan fungsi SSM
2. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
3. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
4. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
5. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
6. Kelebihan SSM Biztrust
7. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online
8. Sesi soal jawab

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali