Jemputan menghadiri MCMC-UNICEF Seminar on Child Online Protection 2021 anjuran bersama MCMC dan UNICEF
24 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniSukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama pihak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bakal mengadakan sebuah seminar perlindungan kanak-kanak di dalam talian (child online protection- COP).
Seminar ini adalah lanjutan daripada Persidangan Rantau ASEAN Mengenai Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian yang telah diadakan pada bulan Februari 2020. Ia adalah sebuah platform perkongsian bagi pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan negara-negara lain untuk bertukar pandangan, pengalaman, serta amalan terbaik.
Isu-isu yang akan dibincangkan berfokus kepada perkara-perkara seperti berikut:
- Situasi dan cabaran terkini yang dihadapi di Malaysia selaras dengan hasil perbincangan dan cadangan daripada persidangan ASEAN; dan
- Perkembangan isu sedia ada dan baru muncul, termasuk keutamaan baru yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Seminar ini akan diadakan dalam dua sesi berdasarkan fokus dan sasaran audiens seperti berikut:
- Sesi sebelah pagi akan membincangkan topik umum seperti buli siber, keibubapaan digital, dan kesan COVID-19 terhadap perlindungan kanak-kanak dalam talian. Sasaran audiens untuk sesi ini adalah para pendidik, ibu bapa, kanak-kanak, remaja, belia, dan ahli komuniti yang lain
- Sesi sebelah petang pula dikhususkan untuk pembentangan dan perkongsian oleh para penggubal dasar dan pakar perlindungan kanak-kanak dalam talian termasuk kajian semula Polisi dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian. Para pemimpin dan pakar antarabangsa dan serantau ini akan berkongsi pandangan dan pengalaman bagi membantu Malaysia membentuk suatu hala tuju; mereka juga akan membuat perkongsian mengenai program-program di peringkat antarabangsa, pengumpulan data, dan perkongsian maklumat serantau. Sesi ini akan turut mengutarakan hasil perbincangan di persidangan ASEAN pada tahun lepas dan panduan kepada negara-negara dalam membangunkan hala tuju atau pelan tindakan perlindungan kanak-kanak dalam talian
MCMC ingin menjemput Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menghadiri seminar ini yang akan diadakan secara dalam talian. Penyertaan adalah percuma. Seminar akan diadakan dengan perincian berikut:
- Tarikh : 30 Mac 2021
- Masa : 9 pagi hingga 12:30 tengahari (Terbuka kepada orang awam)
1 tengahari hingga 4 petang
(Untuk penggubal polisi dan pengamal) - Tempat : Online Zoom Meeting dan FB Live.
Bagi mereka yang tidak dapat mengakses platform Zoom,
seminar ini masih boleh diikuti melalui siaran langsung di akaun Facebook Klik Dengan Bijak - Pautan Pendaftaran : http://bit.ly/cop2021
Para peserta hendaklah mendaftar di pautan ini selewat-lewatnya pada 29 Mac 2021 untuk menerima pautan akses ke seminar - Agenda : Seperti di lampiran
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: