Bimbingan Mendapatkan Semula Sijil SSM

18 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2021, Aliff Amsyar bin Ramzi yang berumur 19 tahun telah pun mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seri Semarak untuk mendapatkan bimbingan berkaitan sijil SSM beliau. Beliau merupakan salah seorang usahawan yang baru mendaftarkan perniagaan beliau melalui portal EzBiz SSM tetapi tidak berjaya untuk memuat turun sijil tersebut kerana telah pun melepasi tempoh 14 hari yang telah diberikan oleh pihak SSM. Pihak PEDi telah memberi tunjuk ajar bagaimana untuk mendapatkan kembali sijil SSM tersebut melalui portal MYDATA serta dikenakan bayaran sebanyak RM20 untuk sijil tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali