Bimbingan Penggunaan Aplikasi Gmail & Google Meet

21 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2021, Encik Muhammad bin Jais yang berumur 68 tahun telah mengunjungi PIK PPR Seri Semarak untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan akaun Gmail dan Google Meet sekitar jam 10.45 pagi – 11.45 pagi.

Kakitangan PIK telah memberi tunjuk ajar dan membimbing Encik Muhammad bagaimana untuk menghantar, membalas dan mengirim semula email kepada pihak yang lain. Beliau juga turut diajar bagaimana untuk melampirkan gambar atau fail bersama email tersebut. Selain itu, kakitangan PIK juga berkongsi cara untuk menggunakan Google Meet kepada Encik Muhammad sekiranya beliau ingin membuat mesyuarat atau panggilan video bersama keluarga beliau secara dalam talian menggunakan Google Meet. Sesi bimbingan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan Encik Muhammad menggunakan kemudahan teknologi terutamanya pada musim pandemik ini

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali