Latihan Asas Komputer

11 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Januari 2021, telah berlangsungnya kelas asas komputer bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang pelajar. Kelas ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak bermula jam 2.15 petang – 3.45 petang.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperkenalkan peralatan asas komputer kepada para peserta seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Para peserta diberikan satu tugasan ringkas untuk melatih mereka menggunakan papan kekunci dengan betul. Mereka juga diajar cara yang betul untuk menutup komputer selepas digunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali