Asas Pemasaran Dalam Talian
12 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2021, telah berlangsungnya kelas asas pemasaran dalam talian untuk usahawan dan telah disertai oleh 6 orang usahawan. Aktiviti ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Komuniti PPR Seri Semarak bermula jam 9.30 pagi – 10.30 pagi. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas-asas pemasaran atas talian yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk-produk yang dijual oleh mereka. Taklimat telah dikendalikan oleh Puan Kholijah Zainal Abidin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: