Semarakkan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021

13 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, marilah kita bersama-sama bangkitkan semangat PATRIOTISME dan menterjemahkan soladariti dengan mengibar Jalur Gemilang sebagai tanda bersatu padu dalam melawan pandemik Covid-19.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini masih mengekalkan tema 'Malaysia Prihatin' seiring dengan iltizam dan aspirasi berterusan dalam menyemai rasa cinta semua rakyat kepada negara.

Kita semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan mengibar Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan atau kenderaan masing-masing demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara, diiringi doa dan harapan agar negara akan segera pulih daripada wabak Covid-19 sekali gus dapat kembali kepada kehidupan normal dan mengecapi kemakmuran bersama.

Ayuh, kita kibarkan Jalur Gemilang!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali