Kelas ICT (Asas Menaip)

24 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2020, Pusat Internet PPR Seri Semarak telah mengadakan kelas asas menaip secara individu kepada seorang pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan asas peserta dalam penggunaan komputer terutamanya papan kekunci. Peserta diberi tunjuk ajar tentang teknik menaip dengan betul dan cara-cara penggunaan simbol dan fungsi papan kekunci. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula jam 3.00 petang – 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali