Train the Trainer (TTT): Basic Shopee Seller Course via Zoom

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2020, telah berlangsung kursus asas memulakan bisnes e-dagang bersama Shopee. Tenaga pengajar bagi kursus kali ini adalah Nurul Elani Binti Rashid (Pengurus PIK Sg. Limau Dalam) dan Juhaida binti Makhtar (Pengurus PIK Kg. Titi Teras). Kursus ini telah dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi ZOOM selama lebih kurang 3 jam setengah bermula jam 9.30 pagi – 1.00 tengah hari dan melibatkan 45 orang kakitangan pusat internet komuniti di bawah kelolaan NERA (M) Sdn Bhd.

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan pusat internet untuk memulakan bisnes e-dagang bersama Shopee. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:

Kursus ini secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan para peserta dan menggalakkan mereka untuk memulakan bisnes e-dagang bersama Shopee. Para peserta juga dapat berkongsi ilmu yang diperolehi bersama bakal usahawan dan usahawan sedia ada daripada komuniti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali